Monday, November 26, 2007

PKPA

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) adalah di antara subjek penting dalam peperiksaan PTK.

PKPA menghuraikan pembaharuan yang dikehendaki serta menerangkan garis panduan secara jelas, terperinci dan teratur bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti hasil kerja sesebuah Jabatan.

Terdapat 34 Pekeliling Kemajuan yang perlu dihuraikan dan diperjelaskan dengan terperinci bermula dari PKPA bilangan 1 Tahun 1991 iaitu Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Telefon sehingga kepada PKPA bilangan 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam.

Kebiasaannya di Jabatan Kerajaan, Kursus Induksi bagi mengajar PKPA diperuntukkan selama 4 jam. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, saya mengesyorkan supaya masa mengajar untuk subjek ini bagi maksud peperiksaan PTK dipanjangkan kepada 1 hari bagi membolehkan latihan soalan-soalan mengenai PKPA dapat dijalankan.

Kandungan PKPA:

1. PKPA Bil. 1 Tahun 1991 : Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon.

2. PKPA Bil. 2 Tahun 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

3. PKPA Bil. 3 Tahun 1991 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.

4. PKPA Bil 4 Tahun 1991 Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam.

5. PKPA Bil. 5 Tahun 1991 Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP).

6. PKPA Bil. 6 Tahun 1991 Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam.

7. PKPA Bil. 7 Tahun 1991 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.

8. PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja.

9. PKPA Bil. 9 Tahun 1991 Panduan Mengenai Perlaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia.

10. PKPA Bil. 10 Tahun 1991 Panduan Mengenai Peningkatan kualiti Perkhidmatan Kaunter.

11. PKPA Bil. 11 Tahun 1991 Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja.

12. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991: Penggunaan Borang-Borang Baru Bagi Pengurusan Harta Modal, Inventori Dan Bekalan Pejabat.

PKPA Tahun 1992

1. 13. PKPA Bil. 1 Tahun 1992 Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam.

2. 14. PKPA Bil. 2 Tahun 1992 Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan

3. 15. PKPA Bil. 3 Tahun 1992 Garis Panduan Sistem Perakauan Mikro (SPM).

4. 16. PKPA Bil. 4 Tahun 1992 Pengendalian Pengaduan Awam

PKPA Tahun 1993

1. 17. PKPA Bil. 1 Tahun 1993 Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi.

2. 18. PKPA Bil. 2 Tahun 1993 Garis Panduan Mengenai Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam.

3. 19. PKPA Bil. 3 Tahun 1993 Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

PKPA Tahun 1994

1. PKPA Bil.1 Tahun 1994 Panduan Perlaksanaan Sistem Pemulihan Perkhidmatan.

PKPA Tahun 1995

1. PKPA Bil. 1 Tahun 1995 Penggunaan Butiran Maklumat Di Dalam Borang Permohonan Dan Kriteria Tertentu.

PKPA Tahun 1996

1. PKPA Bil. 1 Tahun 1996 Panduan Mengenai Perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Standard Di Badan-Badan Berkanun Persekutuan.

2. PKPA Bil.2 Tahun 1996 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam.

PKPA Tahun 1997

1. PKPA Bil. 1 Tahun 1997 Panduan Mengenai Penubuhan Sistem Infrastruktur Kebangsaan Bagi Maklumat Tanah.

2. Surat PKPA Bil. 1 Tahun 1997 Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 Dan Skim Persijilan Sistem Kualiti Oleh Agensi Kerajaan.

3. Panduan Mengenai Skim Pensijilan Dan Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia.

4. Surat PKPA Bil. 2 Tahun 1997 Panduan Mengenai Perlantikan Pakarunding Swasta MS ISO 9000 Oleh Agensi Kerajaan.

PKPA Tahun 1999

1. PKPA Bil. 1 Tahun 1999 Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam.

PKPA Tahun 2001

1. PKPA Bil. 1 Tahun 2001 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah.

2. Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang (SPPU) Di Peringkat Pentadbiran Daerah.

PKPA Tahun 2002

1. PKPA Bil. 1 Tahun 2002 Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan.

2. PKPA Bil. 2 Tahun 2002 Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam.

3. Soalan Lazim Mengenai Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Di Bawah Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2002.

4. Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam.

FORMAT PEPERIKSAAN

UJIAN AKHIR KURSUS INDUKSI MODUL UMUM.

SEKSYEN A SOALAN SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

1. MENGANDUNGI 40 SOALAN ANEKA PILIHAN.

2. TIAP-TIAP SOALAN MENGANDUNGI 4 PILIHAN JAWAPAN YANG BERHURUF A, B, C DAN D. PILIH SATU JAWAPAN SAHAJA BAGI TIAP-TIAP SOALAN.

3. SILA AMBIL INGATAN KEPADA PERKATAAN-PERKATAAN YANG DIHITAMKAN SEPERTI KECUALI, SALAH DAN LAIN-LAIN YANG DIGUNAKAN DALAM SOALAN, OLEH SEBAB PERKATAAN-PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN-TUJUAN TERTENTU.


SEKSYEN B SOALAN-SOALAN ESEI


1.
JAWAB EMPAT (4) SOALAN SAHAJA. CALON DIKEHENDAKI MENJAWAP MANA-MANA DUA SOALAN DI BAHAGIAN 1 DAN MANA-MANA 2 SOALAN DI BAHAGIAN II.

2. SETIAP SOALAN MEMBAWA 15 MARKAH

3. JAWAPAN HENDAKLAH DITULIS DALAM BAHASA MALAYSIA

No comments: