Monday, November 26, 2007

CONTOH SOALAN ESEI

Soalan PTK (esei)


1. Sebagai seorang Ketua Jabatan, anda perlu memastikan perlindungan keselamatan sepenuhnya dilaksanakan di kawasan-kawasan terperingkat.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh anda bagi memastikan kawasan tersebut bebas dari dimasuki oleh orang-orang yang tidak berkenaan?


2. Terangkan prosidur penghantaran dokumen terperingkat melibatkan kawasan-kawasan berikut:

a. luar bangunan

b. dalam bangunan

3. Jabatan anda bercadang untuk menganjurkan tayangan filem yang melibatkan perkara-perkara terperingkat dan anda dipertanggungjawabkan membuat persediaan keselamatan yang perlu. Apakah tindakan anda?

Skima Jawapan:

Soalan 1

1. Mengistihar kawasan tersebut sebagai kawasan larangan/tempat larangan.

2. Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta menghadkan pintu keluar masuk.

3. Mengadakan pengawal keselamatan

4. Mengadakan papan kenyataan ditempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan itu kawasan larangan.

5. Mewujudkan system pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.

Soalan 2

Dengan tangan:

a. Menyediakan satu resit akuan terima .

b. Dokumen terperingkat dihantar melalui peti atau beg berkunci dengan menggunakan satu sampul surat sahaja.

c. Sampul surat itu hendaklah ditandakan peringkat keselamatannya,nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya.

d. Sampul surat dimeteri dengan meteri pejabat yang menghantar.

Dokumen yang tidak dihantar dengan tangan hendaklah:

a) Menggunakan 2 lapis sampul surat.

b) Sampul surat sebelah dalam ditandakan dengan peringkat keselamatan dan nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya.

c) Sampul dimeteri dan dimasukkan ke dalam sampul surat lain yang bertulis nama dan alamat penerimanya sahaja dan ditutup dengan gam.

3. Langkah-langkah keselamatan hendaklah berasaskan kepada peringkat keselamatan maklumat yang terlibat, taraf dan kewarganegaraan orang yang menghadiri dan tempat ianya diadakan.


Langkah-langkah keselamatan berikut boleh diambil:

a. tempat itu dikepung sengan secukupnya bagi memenuhi keperluan keselamatan.

b. Tempat itu setelah dikepung, diperiksa bagi menentukan supaya alat pendengaran dan fotograpi tidak digunakan oleh sesiapa yang tidak diberi kebenaran.

c. Kawalan keluar masuk dikuatkuasa dengan pengeluaran pas kepada mereka yang dibenarkan masuk.

d. Kawalan rapi dipintu masuk.

e. Langkah keselamatan seperti cc tv.

f. Satu pusat kawalan khas untuk pelawat dan wartawan hendaklah ditempatkan diluar kawasan yang dikepung.


Soalan

Anda dikehendaki menyampaikan taklimat mengenai jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan serta jenis-jenis cuti atas sebab perubatan.

a) Jelaskan jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan?

b) Nyatakan jenis-jenis cuti atas sebab perubatan?

c) Sekiranya seseorang staf telah berkhidmat selama 10 tahun, berapakah kelayakan beliau untuk memohon cuti tanpa gaji?

Skima Jawapan


a) Jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan ialah:

I Cuti rehat: bermakna cuti bergaji penuh yang boleh diambil pada bila-bila oleh seseorang kakitangan bagi perkhidmatan yang melayakkan.

ii) Cuti Separuh Gaji: bermakna cuti yang boleh diambil oleh kakitangan sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji ini hanya boleh diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara rapat sahaja.

iii) Cuti Tanpa Gaji : bermakna cuti yang boleh diambil atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.

b) Jenis-jenis cuti atas sebab-sebab perubatan ialah:

i. Cuti Sakit

ii. Cuti Sakit Lanjutan

iii. Cuti Pemulihan & Cuti Kuarantin

iv. Cuti Bersalin

v. Cuti Kecederaan

vi. Cuti Tibi, Kusta dan Barah

c) Prinsipnya adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Maka kelayakan cuti tanpa gaji bagi 10 tahun perkhidmatan adalah 30 X 10 = 300 hari.



CUBA ANDA JAWAB

1. Puan Munah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) telah dilantik sejak tahun 2000. Beliau mendapat berita ibunya sakit dan beliau berhasrat untuk menjaga ibunya. Memandangkan beliau tidak mempunyai cuti rehat untuk tahun tersebut, beliau telah berjumpa anda untuk mendapatkan nasihat dari anda.

  • Apakah jenis cuti yang layak untuk Puan Munah bagi menjaga ibunya? Jelaskan tempoh cuti yang boleh diambil oleh Puan Munah?

  • Terangkan prosedur yang perlu diikuti oleh Puan Munah bagi mendapatkan cuti separuh gaji di atas.

2. Cuti atas sebab Perubatan diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu mengikut budibicaranya bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.

  • Nyatakan jenis-jenis cuti atas sebab-sebab perubatan.

  • Terangkan apa yang dimaksudkan cuti Kuarantin.

3. Encik Samad dilantik sebagai Pembantu Tadbir di PKNS. Beliau diarahkan berkursus di Kelantan selama 7 hari. Beliau menaiki bas ekspress ke Kelantan

  • Apakah elaun yang layak dituntut oleh beliau sepanjang tempoh kursus berkenaan.

  • Bolehkah beliau meminta wang pendahuluan diri? Apakah kadarnya?

No comments: